Mesyuarat Biro Kelab Sukan JKR (D) Kulaijaya telah diadakan pada hari Selasa, 8hb Mei 2012 di Bilik Mesyuarat Pejabat JKR (D) Kulaijaya. Mesyuarat ini diadakan bersempena dengan Karnival Sukan JKR Johor 2012 yang akan berlangsung pada 6,7 dan 8 Julai 2012 di Johor Bahru.
|
Perhimpunan Pagi dan Program Senam J-Robik telah diadakan pada Hari Isnin 7hb Mei 2012 bertempat di tempat letak kereta JKR (D) Kulaijaya. Program ini dimulakan dengan Bacaan Doa, nyanyian lagu Negeri Johor dan Negaraku , Ucapan Jurutera Daerah dan diikuti dengan Senam J-Robik yang dikendalikan oleh En Shamsir dari JKR (D) Johor Bahru.
|
JKR (D) Kulaijaya telah menerima Lawatan Muhibbah dan Kunjungan Hormat daripada Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Cawangan Negeri Johor pada hari Selasa, 24hb April 2012. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memaklumkan peranan utama Bahagian Pembangunan Usahawan kepada JKR. Selain itu, melalui lawatan ini pihak JKR (D) Kulaijaya dan Bahagian Pembangunan Usahawan juga bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat tentang projek yang dijalankan.
>> Baca lagi
|